Article
Video Pilihan Op Selamat 26 Senyuman Si Kecil Hadirkan Kebahagiaan Di Hati
Di tengah kesibukan rondaan, Koperal Adnan Kuranding bersama Lans Koperal Tuan Nazri Azli Tuan Ngah dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejab...
Di tengah kesibukan rondaan, Koperal Adnan Kuranding bersama Lans Koperal Tuan Nazri Azli Tuan Ngah dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu mencuri perhatian apabila menghadirkan detik manis dengan menghulurkan duit raya kepada seorang kanak-kanak.
Senyuman polos si kecil sambil diperhatikan ibunya yang mendukung bayi, jelas memancarkan keikhlasan yang menyentuh hati sesiapa sahaja. Momen ringkas itu turut memperlihatkan sisi kemanusiaan anggota bertugas yang sentiasa dekat dengan masyarakat.
Detik manis itu bukan sekadar pemberian, tetapi juga pengubat rindu kepada keluarga tercinta dan sejenak menghapus lelah tugas, meninggalkan rasa bahagia yang kekal di hati.
Sumber: Facebook Adnan Nans
