Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Jsjn Sokong Cadangan Larangan Penjualan Vape Di Peringkat Negeri

Diterbitkan: 26 Mar 2026 7.31 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.33 AM
Kuala Lumpur, 26 Mac 2026 - Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) akan sentiasa menyokong penuh cadangan berhubung larangan penjualan vape di peringkat negeri sebagai salah satu langkah penting membanteras penyalahgunaan dadah yang kini semakin menular melalui peranti elektronik ini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-jsjn-sokong-cadangan-larangan-penjualan-vape-di-peringkat-negeri
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 01:35 MYT
 
Kuala Lumpur, 26 Mac 2026 - Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) akan sentiasa menyokong penuh cadangan berhubung larangan penjualan vape di peringkat negeri sebagai salah satu langkah penting membanteras penyalahgunaan dadah yang kini semakin menular melalui peranti elektronik ini.

Pengarah JSJN, CP Dato’ Hussein Omar Khan berkata, JSJN turut menyokong cadangan supaya penjualan vape diharamkan secara menyeluruh di seluruh negara sebagai langkah proaktif dan tegas bagi mengekang penggunaan vape yang mengandungi dadah, khususnya dalam kalangan golongan muda dan belia yang menjadi sasaran utama sindiket.

Menurutnya, dalam konteks ini, usaha penguatkuasaan perlu disokong dengan pendekatan kesedaran dan pendidikan, khususnya kepada golongan belia, agar mereka memahami bahawa penggunaan vape bukan sahaja berisiko kepada kesihatan, malah disalahgunakan sebagai medium baharu untuk pengambilan dadah secara terselindung.

“Kesedaran awal ini amat penting bagi mengelakkan generasi muda terjebak dalam kitaran penagihan dan jenayah dadah.

“Seiring dengan itu, kerjasama masyarakat amat diperlukan, terutamanya ibu bapa, pendidik dan komuniti setempat, dalam menyalurkan maklumat berkaitan sebarang kegiatan penjualan atau pengedaran vape yang disyaki mengandungi dadah,” katanya kepada Harian Metro.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.


May be an image of slow loris and text
ArtikelDiterbitkan 26 Mar 2026 7.31 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.33 AM