
Article
Video Pilihan Op Selamat 20 Inisiatif Pengaktifan Smartlane Di Lebuhraya Plus E2 Sempena Berakhirnya Musim Cuti Sekolah Dan Musim Perayaan Aidilfitri
Langkah tersebut dilaksanakan sebagai inisiatif PLUS Malaysia Berhad dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia, Jabatan Pengangkutan Jalan dan Lembaga Lebuhraya M...
PLUS Malaysia telah mengaktifkan “smartlane” bermula 29 April hingga 1 Mei di Lebuhraya Utara - Selatan (E2) di lima laluan iaitu, persimpangan Port Dickson hingga persimpangan Seremban, persimpangan Senai Utara hingga persimpangan Kulai, Gua Tempurung hingga Gopeng, Slim River hingga Sungkai dan Rawang hingga Sungai Buaya.
Langkah tersebut dilaksanakan sebagai inisiatif PLUS Malaysia Berhad dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia, Jabatan Pengangkutan Jalan dan Lembaga Lebuhraya Malaysia bagi menambah kapasiti lorong serta membantu melancarkan perjalanan pengguna jalan raya berikutan berakhirnya musim cuti sekolah serta musim perayaan Aidilfitri.