Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Video Pilihan Op Kontraban Pga Bongkar Misteri Banglo Dalam Kebun Simpan Hampir 14 Ribu Karton Rokok Tidak Bercukai

Published: 08 Oct 2021 1.07 PM Updated: 17 Jul 2026 3.31 AM
Tangkak, 8 Oktober 2021 - Sebuah banglo yang terletak dalam kawasan kebun di sini, dikesan dijadikan lokasi simpanan bekalan rokok seludup oleh seorang lelaki dalam usaha mengaburi pihak berkuasa.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/video-pilihan-op-kontraban-pga-bongkar-misteri-banglo-dalam-kebun-simpan-hampir-14-ribu-karton-rokok-tidak-bercukai
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 26/09/2026 01:11 MYT
Tangkak, 8 Oktober 2021 - Sebuah banglo yang terletak dalam kawasan kebun di sini, dikesan dijadikan lokasi simpanan bekalan rokok seludup oleh seorang lelaki dalam usaha mengaburi pihak berkuasa.

Namun, kegiatan yang dijalankan sejak kira-kira tiga bulan lalu dihidu anggota risik Briged Tengah Pasukan Gerakan Am (PGA) Cheras dan Batalion 6, PGA Muar.
Penolong Pegawai Pemerintah Batalion 6 PGA, DSP Salehin Suleiman berkata dalam serbuan Isnin lalu, sejumlah 163,200 kotak rokok jenis U2 disyaki tidak bercukai dirampas dalam sebuah banglo terletak dalam kebun di Kampung Teratai, Bukit Serampang.
"Turut ditemui 13,600 karton rokok dan sebuah lori tiga tan serta dua buah van. Keseluruhan nilai rampasan dianggar berjumlah RM3.4 juta," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tangkak, di sini, hari ini.

"Lelaki yang turut mempunyai rekod lampau berkaitan narkotik ini kini direman selama 14 hari bermula Selasa di bawah Seksyen 135(1) Akta Kastam 1967," katanya.
Bacaan lanjut di pautan seperti berikut, https://www.bharian.com.my/.../misteri-banglo-dalam-kebun...

Sumber: Berita Harian dan One News

Video Pilihan Op Kontraban Pga Bongkar Misteri Banglo Dalam Kebun Simpan Hampir 14 Ribu Karton Rokok Tidak Bercukai
ArticlePublished 08 Oct 2021 1.07 PMUpdated 17 Jul 2026 3.31 AM