Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Video Pilihan Obk Lawatan Rasmi Kpn Ke Taman Negara Merangkap Pengerusi Bersama Mesyuarat Bil 2 2024

Published: 21 Oct 2024 2.55 PM Updated: 17 Jul 2026 3.31 AM
Tiktok: https://vt.tiktok.com/ZSje9NFcY/ Sumber: TikTok PDRMsia
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/video-pilihan-obk-lawatan-rasmi-kpn-ke-taman-negara-merangkap-pengerusi-bersama-mesyuarat-bil-2-2024
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 14:17 MYT
Ikuti sedutan rakaman Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain hadir mempengerusikan bersama Ketua Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN), Dato’ Abdul Kadir Abu Hashim dalam Mesyuarat Operasi Bersepadu Khazanah (OBK) Siri 16 Bilangan 2/2024 di Taman Negara, Jerantut, Pahang.
Hadir bersama dalam mesyuarat tersebut, Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) (Penguatkuasaan dan Pematuhan), Tuan Ribuan Abdullah yang mewakili Ketua Pengarah JKDM.

Dalam rangka lawatan rasmi ke Taman Negara, Tan Sri Razarudin turut memenuhi undangan PERHILITAN dalam Majlis Makan Malam Rasmi OBK yang diadakan di sini sebelum menyertai beberapa aktiviti lawatan sempena Pemukiman Jabatan Perhilitan Tahun 2024 yang telah dianjurkan oleh pihak urus setia.

Sumber: TikTok PDRMsia

Video Pilihan Obk Lawatan Rasmi Kpn Ke Taman Negara Merangkap Pengerusi Bersama Mesyuarat Bil 2 2024
ArticlePublished 21 Oct 2024 2.55 PMUpdated 17 Jul 2026 3.31 AM