Artikel
Video Pilihan Methamphetamine Rm6 14 Juta Dirampas Dalam Serbuan Di Bandar Sunway
Shah Alam, 2 Disember 2022 - Polis merampas 170.58 kilogram (kg) dadah jenis Methamphetamine dianggar bernilai RM6.14 juta dalam serbuan di sebuah rumah di Ban...
Shah Alam, 2 Disember 2022 - Polis merampas 170.58 kilogram (kg) dadah jenis Methamphetamine dianggar bernilai RM6.14 juta dalam serbuan di sebuah rumah di Bandar Sunway, dekat Subang Jaya, Rabu lalu.
Serbuan jam 3.00 petang itu dilakukan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat POLIS DAERAH SUBANG JAYA dengan seorang lelaki tempatan berusia 49 tahun ditahan.
Timbalan Ketua Polis Selangor, DCP Dato’ Sasikala Devi Subramaniam, berkata suspek dipercayai aktif dalam pengedaran dadah sejak dua bulan lalu dan polis masih menyiasat sekiranya lelaki itu terbabit dengan mana-mana sindiket.
"Suspek kini direman tujuh hari sehingga 7 Disember ini untuk siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya.
Bacaan lanjut di pautan seperti berikut,
https://www.bharian.com.my/.../methamphetamine-rm614-juta...
https://www.bharian.com.my/.../methamphetamine-rm614-juta...
Sumber: Berita Harian Online
Jangan lupa layari Media Sosial Rasmi PDRM dan klik ‘Like’ untuk mendapatkan pelbagai informasi terkini daripada kami di:
