Artikel
Video Pilihan Majlis Serah Terima Tugas Dan Paluan Berundur Timbalan Kpn
Ikuti sedutan rakaman Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Dato’ Seri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail menyaksikan Majlis Serah Terima Tugas Jawatan Timbalan Ketua P...
Ikuti sedutan rakaman Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Dato’ Seri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail menyaksikan Majlis Serah Terima Tugas Jawatan Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay kepada pemangku jawatan tersebut iaitu Pengarah Cawangan Khas, CP Dato’ Sri Ibrahim Darus yang berlangsung di Dewan Tan Sri Abdul Rahman Hashim, Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur.
Turut berlangsung ialah Majlis Serah Terima Tugas Naib Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Malaysia daripada Puan Sri Dato’ Zalena kepada Datin Sri Zanilatul Kamariah Zakaria yang akan memangku jawatan tersebut. Penyerahan itu disaksikan oleh Pengerusi PERKEP Malaysia, Puan Sri Datuk (Dr.) Hjh. Munirah Che Rose.
Pada sebelah petangnya pula, telah berlangsung Majlis Paluan Berundur di Dataran Kawad PULAPOL Kuala Lumpur sebagai tanda penghargaan atas khidmat bakti dan jasa Tan Sri Ayob Khan sepanjang 35 tahun dalam Pasukan Sang Saka Biru.
Sumber: TikTok PDRMsia_Official
Juruvideo: PDRM RMPTV
