
Artikel
Kami Bertugas Setiap Masa Demi Kekalkan Kesejahteraan Semua Kaum
Di sebalik setiap uniform, ada satu amanah yang tidak pernah berubah iaitu melindungi keselamatan rakyat tanpa mengira bangsa, agama mahu pun latar belakang.
Di sebalik setiap uniform, ada satu amanah yang tidak pernah berubah iaitu melindungi keselamatan rakyat tanpa mengira bangsa, agama mahu pun latar belakang.
Keamanan yang kita nikmati hari ini bukan hadir dengan sendiri. Ia lahir daripada kerjasama, saling menghormati dan rasa tanggungjawab setiap anggota masyarakat dalam memelihara keharmonian negara.
Polis Diraja Malaysia akan terus komited menjalankan amanah dengan penuh integriti, profesionalisme dan keikhlasan demi memastikan setiap rakyat dapat menjalani kehidupan dalam suasana yang aman, selamat dan sejahtera.
Malaysia akan terus kekal teguh sebagai sebuah negara yang aman, selamat dan sejahtera apabila polis bersama masyarakat berganding bahu dalam memelihara keamanan negara.
"Kami Bertugas, Anda Diutamakan"