Article
Video Pilihan Majlis Peluncuran Asia International Security Summit Expo Aisse 25
Ikuti sedutan rakaman Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain bersama Timbalan KPN, DIG Dato' Sri Ayob Khan Mydin Pitchay menghadiri Majlis Pelun...
Ikuti sedutan rakaman Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain bersama Timbalan KPN, DIG Dato' Sri Ayob Khan Mydin Pitchay menghadiri Majlis Peluncuran Asia International Security Summit & Expo (AISSE'25) yang telah disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya.
AISEE'25 yang julung kali diadakan itu merupakan inisiatif Kementerian Dalam Negeri dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia sebagai agensi peneraju bagi memperkukuhkan kedudukan negara dalam aspek keselamatan melalui perkongsian idea, teknologi dan kerjasama dalam membincangkan isu-isu keselamatan global oleh pakar serta pemimpin dari pelbagai negara.
Sumber: TikTok PDRMsia_Official
