Shah Alam, 20 September 2021 - Lelaki yang memandu kenderaan melawan arus di Lebuhraya Persekutuan sehingga menyebabkan kematian dua remaja pada 12 September lalu didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini.
Tertuduh, K Devaaswin, 24, mengangguk tanda faham terhadap dua pertuduhan menyebabkan kematian yang dibacakan secara berasingan di hadapan Majistret Nur Faizah Abdul Sani.
Bagaimanapun tiada sebarang pengakuan direkodkan.
Mengikut kedua-dua kertas pertuduhan, Devaaswin yang bekerja sebagai pegawai pemasaran pengangkutan sebuah syarikat swasta didakwa melakukan bunuh terhadap Muhammad Hafiz Syamir Dzul Asri, 19, dan Nur Afiqah Abdul Karim, 18.
Justeru, dia didakwa melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan sabit kesalahan boleh dihukum gantung sampai mati.
Tertuduh didakwa melakukan perkara itu sekitar jam 1.50 pagi pada 12 September di Kilometer 8.6 Lebuhraya Persekutuan arah Klang ke Kuala Lumpur.
Bacaan lanjut seperti di pautan berikut, https://www.bharian.com.my/.../lelaki-didakwa-menyebabkan...
