Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Video Pilihan Lelaki Didakwa Menyebabkan Kematian Dua Remaja

Diterbitkan: 20 Sep 2021 6.32 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.31 AM
Sumber: Berita Harian Online
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/video-pilihan-lelaki-didakwa-menyebabkan-kematian-dua-remaja
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 06:31 MYT
Shah Alam, 20 September 2021 - Lelaki yang memandu kenderaan melawan arus di Lebuhraya Persekutuan sehingga menyebabkan kematian dua remaja pada 12 September lalu didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Tertuduh, K Devaaswin, 24, mengangguk tanda faham terhadap dua pertuduhan menyebabkan kematian yang dibacakan secara berasingan di hadapan Majistret Nur Faizah Abdul Sani.

Bagaimanapun tiada sebarang pengakuan direkodkan.

Mengikut kedua-dua kertas pertuduhan, Devaaswin yang bekerja sebagai pegawai pemasaran pengangkutan sebuah syarikat swasta didakwa melakukan bunuh terhadap Muhammad Hafiz Syamir Dzul Asri, 19, dan Nur Afiqah Abdul Karim, 18.
Justeru, dia didakwa melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan sabit kesalahan boleh dihukum gantung sampai mati.

Tertuduh didakwa melakukan perkara itu sekitar jam 1.50 pagi pada 12 September di Kilometer 8.6 Lebuhraya Persekutuan arah Klang ke Kuala Lumpur.

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut, https://www.bharian.com.my/.../lelaki-didakwa-menyebabkan...

ArtikelDiterbitkan 20 Sep 2021 6.32 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.31 AM