Artikel
Video Pilihan Lebih 100 Anggota Fru Bantu Bersihkan Kawasan Ribut Di Ipoh
Ipoh, 3 Februari 2022 - Lebih 100 anggota Unit 5, Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) turun padang melakukan operasi membersih kawasan yang terkesan akibat ribu...
Ipoh, 3 Februari 2022 - Lebih 100 anggota Unit 5, Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) turun padang melakukan operasi membersih kawasan yang terkesan akibat ribut dan puting beliung di sini sejak semalam.
Pegawai Pemerintahnya, Superintendan Nor Azizan Yusof berkata, setakat ini pasukannya sudah melakukan operasi pembersihan terhadap lebih 20 rumah yang terjejas akibat bencana alam itu.
"Seramai 56 anggota termasuk tiga pegawai turun melakukan operasi pembersihan di lokasi terjejas ribut di Kampung Tawas.
"Manakala hari ini kita meneruskan bantuan dengan menurunkan 51 orang lagi anggota ke lokasi ribut Taman Tasek Damai," katanya kepada pemberita ketika meninjau operasi bantuan di Kampung Tawas di sini, hari ini.
Superintendan Nor Azizan berkata, pasukannya turut menumpukan rumah warga emas dan orang kurang upaya (OKU) untuk dibersihkan.
"Ini adalah khidmat sosial pasukan kepada masyarakat untuk memberi bantuan kepada mereka yang ditimpa bencana," katanya.
Bacaan lanjut di pautan seperti berikut, https://www.hmetro.com.my/.../lebih-100-anggota-fru-bantu...
