Artikel
Video Pilihan Batalion 3 Pga Bantu Mangsa Ribut
Ipoh, 3 Februari 2022 - Batalion 3 Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Utara Bidor menggerakkan jentera bantuan di lokasi terjejas teruk akibat ribut dan puting be...
Ipoh, 3 Februari 2022 - Batalion 3 Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Utara Bidor menggerakkan jentera bantuan di lokasi terjejas teruk akibat ribut dan puting beliung di beberapa kawasan di Ipoh.
Penolong Pegawai Pemerintah Batalion 3 PGA Bidor, DSP Mazian Jenal berkata, operasi selama seminggu itu membabitkan kerja pembersihan di kawasan rumah mangsa yang terkesan ribut berkenaan.
"Dalam operasi ini kita mengerakkan kekuatan 20 anggota dan dua pegawai kanan.
"Kita membantu mangsa ribut dari segi keperluan untuk mengalihkan runtuhan atau sebarang kerosakan yang berlaku terhadap rumah dan kawasan sekeliling," katanya ketika memberi taklimat kepada anggota di perkarangan Balai Polis Kampung Tawas di sini, semalam.
Katanya, operasi ini sebagai lambang keprihatinan dan tanda simpati pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) khususnya Briged Utara Bidor terhadap mangsa terkesan ribut.
"Situasi ini mungkin akan menimbulkan trauma yang sangat berat, jadi dengan adanya kehadiran pasukan keselamatan ia sekurang-kurangnya dapat memberi sokongan dan mereka tidak keseorangan menghadapi ribut itu," katanya.
Bacaan lanjut di pautan seperti berikut, https://www.hmetro.com.my/.../pga-batalion-3-bantu-mangsa...
