Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Video Pilihan Lawatan Susulan Kpn Ke Ipd Nilai Dan Lokap Balai Polis Mantin Negeri Sembilan

Diterbitkan: 12 Feb 2024 12.22 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.31 AM
Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain pada semalam meneruskan lawatannya untuk meninjau penugasan pegawai dan anggota di lapangan dengan melawat ke Ibu Pejabat Polis Daerah Nilai dan Lokap Balai Polis Mantin di Kontinjen Negeri Sembilan.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/video-pilihan-lawatan-susulan-kpn-ke-ipd-nilai-dan-lokap-balai-polis-mantin-negeri-sembilan
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 26/09/2026 00:18 MYT
Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain pada semalam meneruskan lawatannya untuk meninjau penugasan pegawai dan anggota di lapangan dengan melawat ke Ibu Pejabat Polis Daerah Nilai dan Lokap Balai Polis Mantin di Kontinjen Negeri Sembilan.
Lawatan mengejut itu adalah susulan daripada tinjauan beliau ke Pusat Kawalan Daerah (DCC) IPD Kajang pada 10 Februari lalu bagi memantau sendiri operasi harian "frontliners" Polis Diraja Malaysia.

Menurut satu kenyataan dalam akaun Tiktok KPN, tujuan tinjauan mengejut itu dilakukan bukanlah untuk mencari kesalahan dan segera menjatuhkan hukuman, malah lebih kepada memberi teguran serta memperbetulkan amalan tugasan agar tidak tersasar daripada landasan Pasukan.
"Sama-sama kita perbetulkan yang biasa dan membiasakan yang betul. Insya-Allah", ujar beliau dalam kenyataan tersebut.

Sumber: Tiktok PDRMsiaOfficial

Video Pilihan Lawatan Susulan Kpn Ke Ipd Nilai Dan Lokap Balai Polis Mantin Negeri Sembilan
ArtikelDiterbitkan 12 Feb 2024 12.22 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.31 AM