Article
Video Pilihan Lawatan Susulan Kpn Ke Ipd Nilai Dan Lokap Balai Polis Mantin Negeri Sembilan
Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain pada semalam meneruskan lawatannya untuk meninjau penugasan pegawai dan anggota di lapangan dengan melawa...
Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain pada semalam meneruskan lawatannya untuk meninjau penugasan pegawai dan anggota di lapangan dengan melawat ke Ibu Pejabat Polis Daerah Nilai dan Lokap Balai Polis Mantin di Kontinjen Negeri Sembilan.
Menurut satu kenyataan dalam akaun Tiktok KPN, tujuan tinjauan mengejut itu dilakukan bukanlah untuk mencari kesalahan dan segera menjatuhkan hukuman, malah lebih kepada memberi teguran serta memperbetulkan amalan tugasan agar tidak tersasar daripada landasan Pasukan.
"Sama-sama kita perbetulkan yang biasa dan membiasakan yang betul. Insya-Allah", ujar beliau dalam kenyataan tersebut.
Link TikTok: https://vt.tiktok.com/ZSFYUbkMD/
Sumber: Tiktok PDRMsiaOfficial

