Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Video Pilihan Lagi Wira Tolak Rasuah Pdrm Diraikan Terima Surat Penghargaan Daripada Kpn

Published: 31 Jan 2025 12.56 PM Updated: 17 Jul 2026 3.31 AM
Ikuti sedutan rakaman Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain menerima kunjungan 10 tetamu istimewa daripada Kontinjen Johor untuk terima Surat Pengharagaan di Bukit Aman.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/video-pilihan-lagi-wira-tolak-rasuah-pdrm-diraikan-terima-surat-penghargaan-daripada-kpn
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 19:30 MYT
 
Ikuti sedutan rakaman Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain menerima kunjungan 10 tetamu istimewa daripada Kontinjen Johor untuk terima Surat Pengharagaan di Bukit Aman.

Mereka yang diundang khas ialah Inspektor Rosli Mohd Saad, Koperal Mohammad Hafizi Idris, Lans Koperal Shafrizal Jasi, Lans Koperal Mohd Saiden Abdul Lemin dan Lans Koperal Muhammad Syahir Safwan Abdul Jamil dari Pasukan Polis Marin serta Sarjan Roshazizat Hj. Idris, Koperal Azhar Omar, Koperal Muhammad Muizzuddin Roslan, Lans Koperal Mohd Safuan Kaderi dan Lans Koperal Muhammad Faiz Abdul Kadir dari Unit Rondaan Bermotosikal Ibu Pejabat Polis Daerah Segamat.

Menurut Tan Sri Razarudin, sebagai seorang ketua sememangnya beliau amat berbangga mempunyai 'anak-anak buah' yang mempunyai jati diri kuat dengan meninggikan agamanya dalam menolak rasuah ketika melaksanakan amanah demi agama dan negara. Beliau sekali lagi menyeru kepada mereka agar sentiasa mengingati Allah SWT dan menjaga agama, kerja, keluarga serta bangsa.

Sumber: TikTok igrazor

Juruvideo: Koperal Muhamad Aizat Afiq Kamarudin dan Konstabel Muhammad Adzha Ahmad Zulkopli

Video Pilihan Lagi Wira Tolak Rasuah Pdrm Diraikan Terima Surat Penghargaan Daripada Kpn
ArticlePublished 31 Jan 2025 12.56 PMUpdated 17 Jul 2026 3.31 AM