Article
Video Pilihan Kpn Terima Kunjungan Hormat Presiden Respa
Kunjungan yang diketuai oleh Presiden RESPA, Dato’ Meor Chek Hussein Mahayuddin itu bertujuan membincangkan beberapa agenda utama antaranya pelantikan KPN seba...
Ikuti sedutan rakaman Ketua Polis Negara (KPN), IG Dato' Sri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail menerima kunjungan hormat daripada delegasi Persatuan Pegawai Kanan Polis Bersara Malaysia (RESPA) di Bilik Mesyuarat KPN, Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia Bukit Aman, Kuala Lumpur.
Kunjungan yang diketuai oleh Presiden RESPA, Dato’ Meor Chek Hussein Mahayuddin itu bertujuan membincangkan beberapa agenda utama antaranya pelantikan KPN sebagai penaung RESPA, usaha memperkasakan kebajikan pesara polis serta meneliti perkembangan terkini Rang Undang-Undang Akta Pesara dan Bekas Polis di samping berkongsi maklumat mengenai aktiviti persatuan tersebut.
Sumber: TikTok PDRMsia_Official
Juruvideo: Lans Koperal Muhammad Adzha Ahmad Zulkopli

