Article
Video Pilihan Kpn Sumbang Rm5 000 Kepada Tabung Tawp 20250618
Ikuti sedutan rakaman Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain menyumbangkan wang berjumlah RM5,000 kepada Tabung Amanah Warisan Polis (TAWP) yang...
Ikuti sedutan rakaman Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain menyumbangkan wang berjumlah RM5,000 kepada Tabung Amanah Warisan Polis (TAWP) yang diserahkan kepada Pengarah Pengurusan, CP Dato’ Abdul Aziz Abdul Majid selaku Ahli Tetap TAWP di Pejabat KPN, Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia Bukit Aman, Kuala Lumpur.
Sumbangan tersebut merupakan hasil daripada perintah mahkamah terhadap defendan, Wan Muhammad Azri Wan Deris atau lebih dikenali sebagai Papagomo.
Ia merupakan sumbangan kedua Tan Sri Razarudin kepada TAWP selepas menyumbangkan RM10,000 pada 24 Februari lalu, menjadikan jumlah keseluruhan sumbangan peribadi beliau sebanyak RM15,000.
Sumber: TikTok PDRMsia
Juruvideo: Koperal Muhammad Aizat Afiq Kamarudin dan Koperal Muhammad Izqhar Zainal Ibidin

