Artikel
Video Pilihan Kpn Sempurnakan Majlis Peluncuran Kad Anggota Dan E Wallet Koperasi Pdrm Berhad Serta Penyerahan Pengoperasian Klih
Ikuti sedutan rakaman Ketua Polis Negara (KPN), IG Dato’ Sri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail menyempurnakan Peluncuran Kad Anggota dan E-Wallet Koperasi Polis DiRaj...
Ikuti sedutan rakaman Ketua Polis Negara (KPN), IG Dato’ Sri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail menyempurnakan Peluncuran Kad Anggota dan E-Wallet Koperasi Polis DiRaja Malaysia Berhad (KPDRM) Berhad serta Penyerahan Pengoperasian Kuala Lumpur International Hotel (KLIH) yang berlangsung di Lorong Hussein 2, Kuala Lumpur pada 15 Mei 2026.
Dato’ Sri Hj. Mohd Khalid menzahirkan penghargaan terhadap pelaksanaan dua inisiatif strategik KPDRM itu yang mampu memperkasa kebajikan warga Pasukan serta memperkukuh sistem transaksi kewangan yang lebih efisien, telus dan selamat, sekali gus mencerminkan imej KPDRM sebagai institusi koperasi yang progresif dan berdaya saing.
Sumber: TikTok PDRMsia_Official
Juruvideo: Lans Koperal Muhamad Afiq Abdullah
