Artikel
Video Pilihan Kpn Santuni Petugas Prk Dun Ayer Kuning
Ikuti sedutan rakaman Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain meluangkan masa menyantuni petugas Pilihan Raya Kecil (PRK), Dewan Undangan Negeri...
Ikuti sedutan rakaman Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain meluangkan masa menyantuni petugas Pilihan Raya Kecil (PRK), Dewan Undangan Negeri (DUN) N.48 Ayer Kuning, Tapah, Perak pada 26 April 2025.
Tan Sri Razarudin memulakan lawatan ke Markas Taktikal (MARTEK) PRK DUN N.48 Ayer Kuning di Batalion 3, Pasukan Gerakan Am, Bidor dan telah ditaklimatkan mengenai penugasan serta keadaan semasa oleh Ketua Cawangan Khas Perak, SAC Hj. Hishamuddin Mohd Amin.
Seusai itu, Tan Sri Razarudin menyantuni petugas PRK di pusat mengundi Sekolah Menengah Kebangsaan Bidor dan Sekolah Menengah Agama Daerah Batang Padang khususnya warga Polis Diraja Malaysia.
Sumber: TikTok PDRMsia_Official
Juruvideo: Koperal Muhammad Izqhar Zainal Ibidin

