
Artikel
Kpn Santuni Petugas Prk Dun Ayer Kuning
Tapah, 26 April 2025 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain meluangkan masa menyantuni petugas Pilihan Raya Kecil (PRK), Dewan Undangan Negeri...
Tapah, 26 April 2025 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain meluangkan masa menyantuni petugas Pilihan Raya Kecil (PRK), Dewan Undangan Negeri (DUN) N.48 Ayer Kuning, di sini, tengah hari tadi.
Ketibaan Tan Sri Razarudin disambut oleh Ketua Polis Perak, CP Dato' Noor Hisham Nordin bersama Ketua Polis Daerah Tapah, Superintenden Johari Yahya di Padang Kawad, Batalion 3 Pasukan Gerakan Am (PGA), Bidor.
Tan Sri Razarudin memulakan lawatan ke Markas Taktikal (MARTEK) PRK DUN N.48 Ayer Kuning di Batalion 3 PGA dan telah ditaklimatkan mengenai penugasan serta keadaan semasa oleh Ketua Cawangan Khas Perak, SAC Hj. Hishamuddin Mohd Amin.
Seusai itu, Tan Sri Razarudin menyantuni petugas PRK di pusat mengundi Sekolah Menengah Kebangsaan Bidor dan Sekolah Menengah Agama Daerah Batang Padang khususnya warga Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Turut hadir mengiringi, barisan Ketua Jabatan Kontinjen Perak, Pegawai Pemerintah Batalion 3 PGA Bidor, Superintenden Azhar Hj. Hashim dan rakan media.
Jurugambar: Lans Koperal Muhammad Shafiq Abu Bakar dan Konstabel Syed Muhammad Hafiz Syed Alwi



