Artikel
Video Pilihan Kpn Santuni Petugas Dalam Lawatan Kerja Sempena Pilihanraya Kecil Dun N 20 Sungai Bakap
Ikuti sedutan rakaman Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain mengadakan lawatan kerja ke Balai Polis Sungai Bakap bersempena Pilihan Raya Kecil...
Ikuti sedutan rakaman Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain mengadakan lawatan kerja ke Balai Polis Sungai Bakap bersempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) N.20 Sungai Bakap, Seberang Perai, Pulau Pinang.
Terdahulu, Tan Sri Razarudin telah dibawa ke Bilik Gerakan di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Selatan bagi mendengar taklimat penugasan yang disampaikan Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Superintendan Chong Boo Khim.
Beliau turut berkesempatan menyantuni para petugas dan menyampaikan sumbangan bagi kategori anak cemerlang, penjagaan ibu bapa dan anak kurang upaya selain mengeratkan silaturrahim.
Sumber: TikTok Tan Sri Razarudin Husain
Pautan Video:
https://youtu.be/NMm5nz2pH2Q
