Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Prk Kpn Adakan Lawatan Kerja Ke Balai Polis Sungai Bakap

Diterbitkan: 01 Jul 2024 12.40 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.33 AM
Seberang Perai, 1 Julai 2024 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain telah mengadakan lawatan kerja ke Balai Polis Sungai Bakap bersempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) N.20 Sungai Bakap, di sini, petang tadi.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/prk-kpn-adakan-lawatan-kerja-ke-balai-polis-sungai-bakap
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 15:50 MYT
Seberang Perai, 1 Julai 2024 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain telah mengadakan lawatan kerja ke Balai Polis Sungai Bakap bersempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) N.20 Sungai Bakap, di sini, petang tadi.

Ketibaan beliau sekitar jam 2.15 petang telah disambut oleh Ketua Polis Pulau Pinang , CP Datuk Hamzah Hj. Ahmad bersama Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Superintendan Chong Boo Khim.

Program diadakan bertujuan untuk beramah mesra bersama 57 orang anggota pelbagai pangkat serta menyampaikan sumbangan bagi kategori anak cemerlang, penjagaan ibu bapa dan anak kurang upaya selain mengeratkan silaturrahim.

Terdahulu, Tan Sri Razarudin telah dibawa ke Bilik Gerakan di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Selatan bagi mendengar taklimat penugasan yang disampaikan oleh Superintendan Chong.

Turut hadir lawatan tersebut adalah Pengarah Cawangan Khas, CP Dato' Sri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail, Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang, DCP Dato' Mohd Alwi Zainal Abidin, barisan Ketua Jabatan Kontinjen Pulau Pinang dan Ketua-ketua Polis Balai.

Jurugambar: Sarjan Aslam Syir Khan Fairuz Khan, Lans Koperal Muhammad Aizat Afiq Kamarudin dan Lans Koperal Bryanlie Mustin

May be an image of 10 people and text

May be an image of 3 people and text

May be an image of 4 people, dais and text

May be an image of 6 people and text

May be an image of 8 people and text

May be an image of 9 people and text

ArtikelDiterbitkan 01 Jul 2024 12.40 PMDikemas kini 17 Jul 2026 3.33 AM