Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Video Pilihan Kpn Kunjungi Pulau Sekitar Semporna Tinjau Penugasan Dan Pos Pga

Published: 26 Nov 2024 12.36 AM Updated: 17 Jul 2026 3.31 AM
Ikuti sedutan rakaman Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain meneruskan agenda dengan mengunjungi beberapa pulau sekitar daerah Semporna dan Tawau, Sabah semalam untuk meninjau operasi dan keadaan Pos Pasukan Gerakan Am (PGA) di Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/video-pilihan-kpn-kunjungi-pulau-sekitar-semporna-tinjau-penugasan-dan-pos-pga
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 20:28 MYT
Ikuti sedutan rakaman Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain meneruskan agenda dengan mengunjungi beberapa pulau sekitar daerah Semporna dan Tawau, Sabah semalam untuk meninjau operasi dan keadaan Pos Pasukan Gerakan Am (PGA) di Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah.

Selain dapat menyantuni anak-anak buah yang tanpa kenal erti penat lelah mengawal sempadan pantai Timur Sabah, lawatan kerja ini turut memberi tumpuan kepada peranan strategik PGA dan Pasukan Polis Marin yang ditempatkan di sana. Merekalah wira yang tidak didendang untuk menangani segala ancaman jenayah rentas sempadan, pencerobohan dan penyeludupan yang boleh berlaku di sempadan negara.

Lebih membanggakan saya adalah Pasukan keselamatan dan warga Persatuan Keluarga Polis kita di sana yang tetap istiqomah dan saling bantu membantu antara satu sama lain ketika susah senang untuk terus melindungi kedaulatan negara tercinta.

Juruvideo: Konstabel Muhammad Adzha Ahmad Zulkopli

Video Pilihan Kpn Kunjungi Pulau Sekitar Semporna Tinjau Penugasan Dan Pos Pga

ArticlePublished 26 Nov 2024 12.36 AMUpdated 17 Jul 2026 3.31 AM