
Artikel
Posting Pilihan Lawatan Kerja Pengarah Pengurusan Ke Kompleks Perumahan Pdrm Tabuan Jaya Kuching
Kuching, 24 November 2024 - Pengarah Pengurusan, CP Dato’ Sri Azmi Abu Kassim mengadakan lawatan kerja ke Kompleks Perumahan Polis Tabuan Jaya, disini, pagi ta...
Kuching, 24 November 2024 - Pengarah Pengurusan, CP Dato’ Sri Azmi Abu Kassim mengadakan lawatan kerja ke Kompleks Perumahan Polis Tabuan Jaya, disini, pagi tadi.
Lawatan tersebut diadakan untuk meninjau persekitaran kompleks perumahan dan fasiliti kediaman warga Pasukan termasuklah dewan badminton dan Masjid Al-Mujahiddin yang memerlukan penambahbaikan.
Hadir sama Pesuruhjaya Polis (PJP) Sarawak, CP Dato Mancha Ata, Timbalan PJP Sarawak, DCP Datuk Ibrahim Darus, Timbalan Pengarah Pengurusan (Pentadbiran) Bukit Aman, DCP Dato’ Ts. Azizee Ismail, Ketua Penolong Pengarah Pengurusan (Pentadbiran) Bukit Aman, SAC Datuk Mohd Sukri Kaman, Ketua Jabatan Pengurusan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak, SAC Rizal Abd Rahman Sidek, Penolong Pengarah Pengurusan (Kebajikan) Bukit Aman, ACP Abdul Halid Ludin, Pegawai Turus Pentadbiran Jabatan Pengurusan IPK Sarawak, ACP James Jonathan.
Sumber: Polis Sarawak