Article
Video Pilihan Kpn Hadir Program Retreat Jsj 2026
IG Dato’ Seri Panglima Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail menghadiri Program Retreat Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) 2026 di DoubleTree by Hilton Damai Laut Beach Resor...
Ikuti sedutan rakaman Ketua Polis Negara (KPN),
IG Dato’ Seri Panglima Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail menghadiri Program Retreat Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) 2026 di DoubleTree by Hilton Damai Laut Beach Resort, Manjung, Perak pada 22 Januari 2026.
Dalam amanat yang disampaikan, beliau menegaskan bahawa JSJ merupakan tunjang utama penguatkuasaan undang-undang negara dan Polis Diraja Malaysia tidak akan berkompromi terhadap sebarang bentuk jenayah, sama ada jenayah konvensional, jenayah siber, jenayah terancang mahupun jenayah rentas sempadan.
Pautan TikTok:https://vt.tiktok.com/ZSakTkN5J/
Sumber: TikTok PDRMsia_Official
Juruvideo: Lans Koperal Muhamad Ridzuan Razak

