Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Video Pilihan Kpn Dan Timbalan Kpn Hadir Penilaian Kecekapan Dan Kecerdasan Uji Keupayaan K9 Pdrm

Published: 19 Apr 2024 3.08 PM Updated: 15 Aug 2026 8.18 PM
Ikuti sedutan rakaman Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain dan Timbalan KPN, DIG Dato' Sri Ayob Khan Mydin Pitchay yang hadir ke Penilaian Kecekapan dan Kecerdasan Unit Anjing Pengesan (K9) Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi tahun 2024 di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/video-pilihan-kpn-dan-timbalan-kpn-hadir-penilaian-kecekapan-dan-kecerdasan-uji-keupayaan-k9-pdrm
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 13:34 MYT
Ikuti sedutan rakaman Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain dan Timbalan KPN, DIG Dato' Sri Ayob Khan Mydin Pitchay yang hadir ke Penilaian Kecekapan dan Kecerdasan Unit Anjing Pengesan (K9) Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi tahun 2024 di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur.

Penilaian yang julung kali diadakan bertujuan menguji kemahiran pengesanan, kepatuhan dan skil perlindungan serta menilai sama ada aset Pasukan tersebut mempunyai sifat dan ciri sesuai untuk menjalankan tugas di lapangan.

Dalam program tersebut telah mempamerkan ketangkasan enam ekor anjing daripada baka German Shepherd dan Labrador. Kesemua anjing berkenaan telah terlibat dalam empat acara yang dipertandingkan iaitu IG Obedience dan Lompat Halangan, Mengesan Bahan Letupan dan Senjata, Mengesan Bahan Narkotik serta Hold and Bark/Mengawal Keganasan.

Sumber: PDRM RMP TV dan TikTok PDRMsia

Video Pilihan Kpn Dan Timbalan Kpn Hadir Penilaian Kecekapan Dan Kecerdasan Uji Keupayaan K9 Pdrm
ArticlePublished 19 Apr 2024 3.08 PMUpdated 15 Aug 2026 8.18 PM