Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Hari Polis Ke 217 Sembahyang Khas Agama Hindu Di Kuil Sri Maha Muniswarar

Diterbitkan: 19 Apr 2024 4.08 PM Dikemas kini: 15 Aug 2026 8.18 PM
Kuala Lumpur, 19 April 2024 - Bersempena Sambutan Peringatan Hari Polis Ke-217, warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang beragama Hindu hari ini melaksanakan sembahyang khas di Kuil Sri Maha Muniswarar dekat Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur, di sini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/hari-polis-ke-217-sembahyang-khas-agama-hindu-di-kuil-sri-maha-muniswarar
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 20:37 MYT
Kuala Lumpur, 19 April 2024 - Bersempena Sambutan Peringatan Hari Polis Ke-217, warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang beragama Hindu hari ini melaksanakan sembahyang khas di Kuil Sri Maha Muniswarar dekat Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur, di sini.

Program yang bermula sekitar jam 3.00 petang tadi telah diketuai oleh Timbalan Pengarah (Perancangan Strategik) Jabatan Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti Bukit Aman, DCP Dato' Kumaran Karuppannan selaku Pengerusi Jawatankuasa majlis keagamaan tersebut.

Seramai lebih kurang 600 warga Pasukan beragama Hindu dari Bukit Aman dan Lembah Klang telah hadir ke majlis keagamaan tersebut di mana mereka mendoakan warga PDRM sentiasa memelihara hubungan baik antara satu sama lain serta kesejahteraan negara secara keseluruhannya.

Hadir sama, Timbalan Ketua Polis Selangor, DCP Dato' Sasikala Devi Subramaniam, Ketua Urus Setia Ketua Polis Negara (Perhubungan Antarabangsa), SAC Dato' Pahlawan Suparamaniam Ramasamy, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Risikan/Operasi/Rekod (D4), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, SAC Dato' S. Shanmugamoorthy Chinniah, Penolong Pengarah E1, Cawangan Khas Bukit Aman, SAC G. Seetha Dewi M. G Nair, SAC Gerakan Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam Bukit Aman, SAC M.V. Srikumar Madhavan Nair, bekas Ketua Polis Pulau Pinang, pesara CP Dato' Seri Thaiveegan Arumugam serta rakan-rakan media.

Jurugambar: Lans Koperal Bryan Mustin dan Lans Koperal Hafizah Hassan Sabery

May be an image of ‎15 people, headscarf, dais and ‎text that says '‎@H SEMBAHYANG KHAS AGAMA HINDU DRMC SEMPENA PERINGATAN HARI POLIS KE KE-217 217

May be an image of 8 people and wedding

May be an image of 11 people, flute and temple

May be an image of 7 people, temple and text

May be an image of 9 people


ArtikelDiterbitkan 19 Apr 2024 4.08 PMDikemas kini 15 Aug 2026 8.18 PM