Article
Video Pilihan Kpn Dan Pengerusi Perkep Malaysia Lakukan Ziarah Kebajikan Pegawai Kanan Ipd Beaufort
Ikuti sedutan rakaman Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Datuk Seri Panglima Razarudin Husain bersama isteri merangkap Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PE...
Ikuti sedutan rakaman Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Datuk Seri Panglima Razarudin Husain bersama isteri merangkap Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Malaysia, Puan Sri Datin Seri Panglima Datuk Zainah Othman meluangkan masa mengadakan ziarah kebajikan pegawai kanan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Beaufort, ASP Akhirruddin Mohd Nowani di kediamannya dekat Taman Foh Sang, Beaufort, Sabah pada 14 Mei 2025.
ASP Akhirruddin yang sebelum ini merupakan Ketua Bahagian Siasatan Jenayah, IPD Beaufort telah mengalami kecederaan parah akibat kemalangan jalan raya pada tahun 2020 sehingga menyebabkan kelumpuhan pada kedua-dua belah kaki.
Sumber: TikTok igrazor
Juruvideo: Koperal Muhammad Aizat Afiq Kamarudin

