Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Nahas Trak Psp Timbalan Kpn Beri Penghormatan Terakhir Buat Sembilan Wira Pasukan Yang Terkorban

Diterbitkan: 14 May 2025 5.01 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 8.01 PM
Ipoh, 14 Mei 2025 – Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato’ Sri Ayob Khan Mydin Pitchay memberi penghormatan terakhir mengikut istiadat rasmi Polis Diraja Malaysia (PDRM) kepada sembilan jenazah dan jasad wira Pasukan Simpanan Persekutuan (PSP) di PSP Unit 5, Sungai Senam, di sini, awal pagi tadi.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/nahas-trak-psp-timbalan-kpn-beri-penghormatan-terakhir-buat-sembilan-wira-pasukan-yang-terkorban
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 21:12 MYT
Ipoh, 14 Mei 2025 – Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato’ Sri Ayob Khan Mydin Pitchay memberi penghormatan terakhir mengikut istiadat rasmi Polis Diraja Malaysia (PDRM) kepada sembilan jenazah dan jasad wira Pasukan Simpanan Persekutuan (PSP) di PSP Unit 5, Sungai Senam, di sini, awal pagi tadi.

Kesemua keranda jenazah dan jasad yang tiba dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hilir Perak itu ditutupi dengan Jalur Gemilang sebagai tanda penghormatan rasmi Pasukan dan negara atas jasa, pengorbanan serta khidmat bakti yang telah mereka curahkan.

Mendiang Sarjan Perumal Sugunanathan, 44 tahun, Allahyarham Sarjan Mohd Roslan Abd Rahim (46), Allahyarham Koperal Mohd Pozli Jaudin (41), Mendiang Koperal Nurit Pandak (34), Allahyarham Koperal Amiruddin Zabri (38), Allahyarham Koperal Mohamad Hilmi Mohd Azlan (38), Allahyarham Koperal Akmal Muhamad (35), Allahyarham Lans Koperal Damarrulan Abdul Latif (33) dan Allahyarham Konstabel Akmal Wafi Annuar (28) terkorban akibat kecederaan parah dalam insiden kemalangan melibatkan sebuah lori dengan trak PSP di Jalan Chikus - Sungai Lampam, Teluk Intan, semalam.

Lapan mangsa masih mendapatkan rawatan di Hospital Teluk Intan manakala seorang lagi ditempatkan di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh untuk pembedahan.

Tujuh jenazah anggota yang beragama Islam kemudiannya dibawa ke Surau Ar-Rahman untuk disembahyang sebelum dibawa ke kampung halaman masing-masing untuk dikebumikan. Solat jenazah telah dipimpin oleh Ustaz Ahmad Kamil Ibrahim dari Bahagian Agama dan Kaunseling, Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS), Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak.

Lebih 500 waris mangsa dan warga PDRM telah hadir menyaksikan perjalanan terakhir para wira negara itu dalam keadaan penuh hiba. Sesungguhnya pemergian mereka merupakan satu kehilangan besar buat Pasukan dan negara. Segala jasa dan pengorbanan akan sentiasa dikenang dan dihargai sepanjang zaman.

Turut hadir, Pengarah Pengurusan, CP Dato' Abdul Aziz Abdul Majid, Ketua Polis Perak, CP Dato' Noor Hisam Nordin, Timbalan Pengarah Pengurusan (Pentadbiran) Bukit Aman, DCP Dato’ Ts. Azizee Ismai, Komander 69 Komando, SAC Hamzah Hashim, barisan ketua jabatan IPK Perak dan Ketua Polis Daerah Hilir Perak, ACP Dr. Bakri Hj. Zainal Abidin.

Jurugambar: PDRM RMP TV

May be an image of 9 people and text that says 'POLIS POIr'

May be an image of 7 people and text

May be an image of 5 people, dais, hospital and text

May be an image of 9 people and dais

May be an image of 13 people and text


ArtikelDiterbitkan 14 May 2025 5.01 AMDikemas kini 15 Aug 2026 8.01 PM