Artikel
Video Pilihan Kerjasama Pdrm Kpm Wujudkan Persekitaran Sekolah Selamat
Turut diadakan sesi pembentangan dan perbincangan daripada wakil-wakil jabatan PDRM yang turut disertai Agensi Antidadah Kebangsaan dan Bahagian Pengurusan Sek...
Ikuti sedutan rakaman Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Razarudin Husain dan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Hj. Azman Hj. Adnan mempengerusikan bersama Mesyuarat Jawatankuasa Induk Permuafakatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di Grand Ballroom, Geo Hotel and Resort, Genting Highlands, Pahang.
Mesyuarat tersebut bagi mengalukan kerjasama antara kedua-dua pihak dalam mewujudkan persekitaran sekolah selamat, selain mencari penyelesaian terbaik bagi mengatasi masalah disiplin para pelajar sekolah yang disifatkan semakin membimbangkan sehingga terjerumus ke dalam kancah jenayah pada usia muda.
Turut diadakan sesi pembentangan dan perbincangan daripada wakil-wakil jabatan PDRM yang turut disertai Agensi Antidadah Kebangsaan dan Bahagian Pengurusan Sekolah Harian.
Pautan TikTok: https://vt.tiktok.com/ZS2UDhJxJ/
Sumber: TikTok PDRMsiaOfficial

