Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Artikel Pilihan Tujuh Kilang Proses E Waste Digempur Rampasan Lebih Rm97 Juta

Diterbitkan: 04 Sep 2024 12.07 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.31 AM
Kuala Lumpur, 4 September 2024 - Tujuh kilang memproses sisa elektronik atau "e-waste" yang disyaki dibawa masuk dari luar negara secara haram, digempur pasukan Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam (KDNKA) bersama Jabatan Alam Sekitar (JAS), kelmarin.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-tujuh-kilang-proses-e-waste-digempur-rampasan-lebih-rm97-juta
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 19:53 MYT
Kuala Lumpur, 4 September 2024 - Tujuh kilang memproses sisa elektronik atau "e-waste" yang disyaki dibawa masuk dari luar negara secara haram, digempur pasukan Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam (KDNKA) bersama Jabatan Alam Sekitar (JAS), kelmarin.
Kilang terbabit dipercayai beroperasi secara haram sejak awal tahun ini di sekitar Teluk Gong, Klang Selatan, dengan memproses sisa seperti barangan logam, plastik dan juga "e-waste".
Pemangku Pengarah Jabatan KDNKA, DCP Dato' Hj. Mohd Yusoff Mamat berkata, kilang dipercayai berbeza pemilik itu disyaki mempunyai jaringan kerjasama serta mengaut keuntungan puluhan jutaan ringgit dalam kegiatan haram mereka berkenaan.
"Hasil serbuan pasukan Wildlife Crime Bureau/Perisikan Siasatan Khas (WCB/PSK) Jabatan KDNKA itu, pelbagai kesalahan dikesan termasuk kegagalan mengemukakan dokumen bagi menjalankan aktiviti memproses sisa elektronik secara sah di kawasan terbabit.
"Dalam operasi itu, pasukan menahan lima warga tempatan disyaki berperanan sebagai penyelaras yang mengaut keuntungan daripada hasil kegiatan berkenaan membabitkan jutaan ringgit.
"Turut ditahan ialah 31 warga asing berusia 25 hingga 60 tahun yang disyaki berperanan membawa teknologi dan bahan kimia dari luar negara untuk aktiviti pemprosesan "e-waste"," katanya pada sidang media khas di Bukit Aman, di sini, hari ini.
Dato' Hj. Mohd Yusoff berkata, hasil pemeriksaan juga menemui sejumlah bahan elektrik kitar semula yang dikategorikan sebagai "e-waste" sedang diproses untuk mendapatkan logam berharga seperti tembaga, besi dan timah, serta peralatan lain yang digunakan untuk proses melerai.
"Pasukan khas PDRM dan JAS juga merampas 19,203 guni barangan kitar semula, 71 unit mesin, 630 guni pelbagai jenis logam (tembaga, besi, aluminium dan timah), 20,576 tin mengandungi pelbagai jenis serbuk, 600 tan barangan "e-waste" yang belum dan sudah diproses, 765,000 kilogram (kg) tembaga, 16,000kg aluminium serta barangan lain dianggarkan bernilai RM97,001,460.
"Hasil risikan mendapati jaringan pemprosesan "e-waste" secara haram itu disyaki membawa masuk barangan yang didaftarkan sebagai besi sekerap tetapi ia sebenarnya adalah "e-waste"," katanya.
Bacaan lanjut seperti di pautan berikut, https://www.bharian.com.my/.../7-kilang-haram-proses-e...


Artikel Pilihan Tujuh Kilang Proses E Waste Digempur Rampasan Lebih Rm97 Juta
ArtikelDiterbitkan 04 Sep 2024 12.07 PMDikemas kini 17 Jul 2026 3.31 AM