Artikel
Video Pilihan Jspt Dan Jas Berganding Bahu Tangani Isu Ubah Suai Ekzos Bising
Kuala Lumpur, 8 Mac 2021 – Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) bersama Jabatan Alam Sekitar (JAS) mengambil tindakan serius dengan memeriksa kend...
Kuala Lumpur, 8 Mac 2021 – Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) bersama Jabatan Alam Sekitar (JAS) mengambil tindakan serius dengan memeriksa kenderaan yang mengubah suai ekzos sehingga menyebabkan bunyi bising dan mengganggu ketenteraman awam.
Menerusi Op Khas Ubah Suai Ekzos yang dilaksanakan sekitar Kuala Lumpur, pihak JSPT dan JAS menunjukkan ujian bunyi ekzos dilakukan terhadap motosikal yang disita.
Pemilik kenderaan boleh diambil tindakan di bawah Kaedah 103, Kaedah-Kaedah Kenderaan Bermotor (Pembinaan dan Penggunaan) 1959.
Jika disabitkan kesalahan, boleh dikenakan hukuman penjara selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau denda sehingga RM2,000.
