Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Video Pilihan Ikhlas Hulur Bantuan Tidak Sesekali Minta Untuk Disanjung

Published: 05 Jan 2021 10.28 AM Updated: 17 Jul 2026 3.31 AM
Bukan minta untuk disanjung, tetapi niat ikhlas 'menghulurkan tangan' kepada sesiapa sahaja yang memerlukan bantuan telah sebati dalam diri setiap pegawai dan anggota keselamatan bertugas di lapangan.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/video-pilihan-ikhlas-hulur-bantuan-tidak-sesekali-minta-untuk-disanjung
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 19:38 MYT
Bukan minta untuk disanjung, tetapi niat ikhlas 'menghulurkan tangan' kepada sesiapa sahaja yang memerlukan bantuan telah sebati dalam diri setiap pegawai dan anggota keselamatan bertugas di lapangan.

Syabas diucapkan kepada Koperal Fezzol Anwar Ramlan, Lans Koperal Mohd Yunus Mohd Ghani dan Lans Koperal Nashrul Sekon dari Unit Rondaan Bermotosikal (URB), Ibu Pejabat Polis Daerah Timur kerana telah membantu sebuah keluarga yang terkandas di Jalan Mount Erskine, Pulau Tikus, Pulau Pinang akibat kereta dinaiki mereka mengalami kerosakan bateri, tengah hari tadi.

Anggota Polis terbabit turut menghantar ahli keluarga yang lain ke kedai berhampiran untuk berlindung daripada cuaca panas terik di samping membantu mendapatkan seorang juruteknik bagi memasang bateri baharu buat kenderaan mereka.

Sumber: Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut

Video Pilihan Ikhlas Hulur Bantuan Tidak Sesekali Minta Untuk Disanjung
ArticlePublished 05 Jan 2021 10.28 AMUpdated 17 Jul 2026 3.31 AM