Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Video Pilihan Hari Polis Ke 214 Warga Ipd Spu Tunaikan Hasrat Adik Firash Naiki Kereta Polis

Published: 26 Mar 2021 7.43 AM Updated: 17 Jul 2026 3.31 AM
Butterworth, 26 Mac 2021 - Sambutan Peringatan Hari Polis Ke-214 kali ini diraikan dengan cara berbeza oleh Ibu Pejabat Polis (IPD) Daerah Seberang Perai Utara (SPU) apabila menunaikan hasrat seorang pesakit leukemia tahap empat yang ingin menaiki kenderaan polis di Kepala Batas, di sini, semalam.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/video-pilihan-hari-polis-ke-214-warga-ipd-spu-tunaikan-hasrat-adik-firash-naiki-kereta-polis
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 16:20 MYT
Butterworth, 26 Mac 2021 - Sambutan Peringatan Hari Polis Ke-214 kali ini diraikan dengan cara berbeza oleh Ibu Pejabat Polis (IPD) Daerah Seberang Perai Utara (SPU) apabila menunaikan hasrat seorang pesakit leukemia tahap empat yang ingin menaiki kenderaan polis di Kepala Batas, di sini, semalam.

Adik Firash Arryan Muhammad Yusri, 6, yang juga anak sulung daripada dua beradik kelihatan teruja tatkala melihat kereta peronda (MPV) polis memasuki pekarangan dewan sambil ditemani ibu bapanya, Muhammad Yusri Dani,31 dan 'Aida Royani Abdul Razak, 30.


Ketua Polis SPU, ACP Tuan Noorzainy Mohd. Noor berkata, adik Firash dikesan menghidap leukemia sejak dua tahun lalu dan mendapatkan rawatan yang diperlukan namun kesihatannya kembali merosot sejak bulan lalu ekoran sel kanser mula menyerang secara agresif.


"Difahamkan, sel kanser kini merebak ke bahagian tulang dan otak selain berdepan dengan pendarahan usus dan bahagian kulit juga kembali lebam.


"Jadi, kami gembira kerana berpeluang merealisasikan impian Firash Arryan dengan mem-bawanya bersiar-siar di sekitar Kepala Batas menggunakan kereta peronda," katanya kepada pemberita di sini semalam.


Sumber: IPD Seberang Perai Utara dan Utusan Malaysia.

Video Pilihan Hari Polis Ke 214 Warga Ipd Spu Tunaikan Hasrat Adik Firash Naiki Kereta Polis
https://www.facebook.com/IPDSeberangPeraiUtara/videos/828736681187754
ArticlePublished 26 Mar 2021 7.43 AMUpdated 17 Jul 2026 3.31 AM