Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Video Pilihan Hari Kebangsaan Ke 65 Tiger Platoon Briged Sabah Pga Tangkas Berani

Diterbitkan: 07 Aug 2022 1.33 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.31 AM
Tiger Platoon Briged Sabah Pasukan Gerakan Am (PGA), Polis Diraja Malaysia (PDRM) merupakan antara pasukan yang terlibat secara langsung dalam tragedi berdarah di Lahad Datu, Sabah sembilan tahun lalu.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/video-pilihan-hari-kebangsaan-ke-65-tiger-platoon-briged-sabah-pga-tangkas-berani
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 21:07 MYT
Tiger Platoon Briged Sabah Pasukan Gerakan Am (PGA), Polis Diraja Malaysia (PDRM) merupakan antara pasukan yang terlibat secara langsung dalam tragedi berdarah di Lahad Datu, Sabah sembilan tahun lalu.

Tiger Platoon telah menjalankan Kursus Asas Tiger Platoon selama 44 hari yang disertai oleh dua pegawai kanan dan 84 anggota dari PGA Briged Sabah bertempat di Pos Pulau Tabawan, Lahad Datu baru-baru ini.

Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani berkata, kursus yang dijalankan adalah untuk memahirkan anggota pasukan dalam aspek-aspek pergerakan strategik bertujuan menangani situasi-situasi pertempuran dan menguji kemahiran taktikal bagi mengatasi jenayah antara sempadan serta ancaman yang menggugat kedaulatan negara.

Sumber: Buletin TV3

Jangan lupa layari Media Sosial Rasmi PDRM dan klik ‘Like’ untuk mendapatkan pelbagai informasi terkini daripada kami di:

#PolisDirajaMalaysia
#RoyalMalaysiaPolice
#PDRM
#RMP
#07082022

Pautan: https://fb.watch/eMyMa0mP4L/

Video Pilihan Hari Kebangsaan Ke 65 Tiger Platoon Briged Sabah Pga Tangkas Berani
ArtikelDiterbitkan 07 Aug 2022 1.33 PMDikemas kini 17 Jul 2026 3.31 AM