Artikel
Video Pilihan Hanya Segelintir Pegawai Anggota Polis Bermasalah Terlibat Jenayah Kpn
Kuala Lumpur, 13 Januari 2024 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain berkata, hanya segelintir pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM...
Kuala Lumpur, 13 Januari 2024 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain berkata, hanya segelintir pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang bermasalah dan terlibat dengan aktiviti jenayah.
Menurut Tan Sri Razarudin, setiap anggota polis sentiasa diselia oleh penyelia masing-masing dan PDRM mempunyai kaedah sendiri untuk mengendalikan pegawai dan anggotanya termasuk menangkap mereka yang terlibat jenayah.
“Dalam 137,000 keanggotaan polis, tidak sampai dua peratus pun polis melakukan kesalahan tatatetib atau terlibat jenayah kerana mereka ini diselia pegawai atasan.
“Sebagai contoh, 15 minit sebelum bertugas mereka (anggota polis) akan diberikan taklimat "roll call" oleh penyelia, begitu juga dengan penggunaan pistol.
“Taklimat ‘roll-call’ dalam kalangan anggota polis bertujuan mengelakkan perbuatan menyeleweng daripada tugas,” katanya kepada BERNAMA baru-baru ini.
