Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Video Pilihan Dsa Natsec Asia 2024 Timbalan Kpn Lawat Ruang Pameran

Published: 07 May 2024 4.37 PM Updated: 15 Aug 2026 8.14 PM
Ikuti sedutan rakaman Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato' Sri Ayob Khan Mydin Pitchay hadir melawati reruai Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan pemain industri lain bersempena Pameran Defence Services Asia (DSA) 2024 dan National Security (NATSEC) Asia 2024 yang sedang berlangsung di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), Kuala Lumpur.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/video-pilihan-dsa-natsec-asia-2024-timbalan-kpn-lawat-ruang-pameran
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 18:17 MYT
Ikuti sedutan rakaman Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato' Sri Ayob Khan Mydin Pitchay hadir melawati reruai Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan pemain industri lain bersempena Pameran Defence Services Asia (DSA) 2024 dan National Security (NATSEC) Asia 2024 yang sedang berlangsung di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), Kuala Lumpur.

Selain menyaksikan ruang pameran terbesar yang mempromosikan pelbagai teknologi sistem elektronik, simulator, senjata dan peluru serta sistem marin, Dato' Sri Ayob Khan turut berpeluang menguji dan merasai sendiri peralatan yang dipamerkan.

Dalam sesi lawatan tadi juga, Dato' Sri Ayob Khan berpeluang mengadap Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di salah sebuah reruai di MITEC yang kebetulan bercemar duli membuat lawatan di situ.

Sumber: PDRM RMP TV dan Tiktok PDRMsia

Video Pilihan Dsa Natsec Asia 2024 Timbalan Kpn Lawat Ruang Pameran
ArticlePublished 07 May 2024 4.37 PMUpdated 15 Aug 2026 8.14 PM