Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Video Pilihan Crs Keselamatan Anak Tanggungjawab Bersama

Diterbitkan: 07 Jan 2026 1.00 PM Dikemas kini: 15 Aug 2026 7.01 PM
Pengguna jalan raya, khususnya ibu bapa diingatkan agar menggunakan kerusi keselamatan kanak-kanak atau Child Restraint System (CRS) bagi memastikan keselamatan anak sepanjang perjalanan terjamin.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/video-pilihan-crs-keselamatan-anak-tanggungjawab-bersama
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 16:51 MYT
Pengguna jalan raya, khususnya ibu bapa diingatkan agar menggunakan kerusi keselamatan kanak-kanak atau Child Restraint System (CRS) bagi memastikan keselamatan anak sepanjang perjalanan terjamin.

CRS bukan sekadar aksesori, sebaliknya ia merupakan perlindungan penting yang mampu menyelamatkan nyawa si kecil ketika berada di dalam kenderaan.

Penggunaan CRS yang betul dalam perundangan Malaysia menyatakan bahawa kerusi keselamatan kanak-kanak perlu mematuhi standard United Nation Regulation iaitu R44 atau R129 dan kriteria anak-kanak ialah yang mempunyai berat kurang 36 kg atau ketinggian kurang 136 cm atau berumur kurang 12 tahun.

Ingat, tidak menggunakan CRS dalam kenderaan adalah satu kesalahan di bawah Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor (Tali Pinggang Keledar dan Sistem Kekangan Kanak-kanak) 1978 (dipinda dan dikuatkuasakan sepenuhnya mulai 1 Januari 2020).

Jika didapati bersalah, boleh diberikan tawaran kompaun tidak melebihi RM300 atau denda mahkamah tidak melebihi RM2,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan.

ArtikelDiterbitkan 07 Jan 2026 1.00 PMDikemas kini 15 Aug 2026 7.01 PM