Artikel
Video Pilihan Bukit Aman Tubuh 32 Pasukan Cantas Khas Tangani Elemen Gengsterism
Ayer Keroh, 7 November 2021 - Sebanyak 32 Pasukan Cantas Khas ditubuhkan Bukit Aman bagi memastikan tiada unsur gengsterism berlaku sepanjang Pilihan Raya Nege...
Ayer Keroh, 7 November 2021 - Sebanyak 32 Pasukan Cantas Khas ditubuhkan Bukit Aman bagi memastikan tiada unsur gengsterism berlaku sepanjang Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.
Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), CP Dato' Sri Abd Jalil Hassan, pasukan itu melibatkan 238 pegawai dan anggota JSJ Bukit Aman dan kontinjen negeri.
"Pasukan Cantas Khas daripada JSJ ini datang daripada Bukit Aman dan kontinjen-kontinjen negeri.
"Jadi ia bertujuan serampang dua mata iaitu membantu pasukan Polis Diraja Malaysia negeri Melaka dalam menentukan perjalanan semua kaedah PRN mengikut undang-undang yang ditetapkan.
"Ingin diingatkan dan ditegaskan di sini, kami akan mencantas sehabis-habisnya jika ada pihak menggunakan elemen gengsterism di Melaka," jelasnya.
Sumber: Polis Melaka dan Astro Awani
