Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Video Pilihan Bersama Kita Banteras Jenayah Pemerdagangan Manusia

Diterbitkan: 22 Aug 2023 8.57 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.31 AM
Sumber video: PDRM RMP TV
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/video-pilihan-bersama-kita-banteras-jenayah-pemerdagangan-manusia
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 07:12 MYT
Garis Panduan Nasional Mengenai Indikator Pemerdagangan Orang (NGHTI) 2.0 yang dilancarkan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail pada 22 Mac lalu telah menjadi satu dasar yang jelas kepada inisiatif Malaysia menangani jenayah pemerdagangan manusia di peringkat global.

Melalui dokumen tersebut, ia dapat menjadi sumber rujukan dan panduan yang jelas kepada seluruh badan penguatkuasa negara termasuk Polis Diraja Malaysia dalam memperkasa proses saringan dan pengenalpastian mangsa-mangsa jenayah dengan lebih cekap dan efisien.

Mengambil pendekatan tersebut, Jabatan Siasatan Jenayah melalui Bahagian D3 Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (ATIPSOM) telah melancarkan siri Op Pintas Khas Bersepadu untuk membanteras jenayah pemerdagangan orang melibatkan para pekerja asing dan tempatan dari kalangan golongan rentan. Fokusnya hanya satu iaitu untuk mengenal pasti mangsa-mangsa yang terlibat terutamanya berada dalam sektor perkilangan mahupun perindustrian sebgaimana termaktub dalam garis panduan nasional.

Sumber video: PDRM RMP TV

Video Pilihan Bersama Kita Banteras Jenayah Pemerdagangan Manusia
ArtikelDiterbitkan 22 Aug 2023 8.57 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.31 AM