Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Video Pilihan Belanjawan 2025 Keprihatinan Kerajaan Madani Meliputi Pelbagai Aspek Keselamatan Fasiliti Dan Kebajikan Warga Pasukan

Published: 26 Oct 2024 6.26 AM Updated: 17 Jul 2026 3.31 AM
Keprihatinan Kerajaan MADANI bukan sahaja dalam memastikan aspek keselamatan negara dan ketenteraman awam berada pada tahap terbaik, malah fasiliti serta hal ehwal kebajikan melibatkan pegawai dan anggota keselamatan turut diberi perhatian sewajarnya. Ia dibuktikan melalui peruntukan yang diumum oleh Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim pada pembentangan Belanjawan 2025 baru-baru ini.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/video-pilihan-belanjawan-2025-keprihatinan-kerajaan-madani-meliputi-pelbagai-aspek-keselamatan-fasiliti-dan-kebajikan-warga-pasukan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 06:37 MYT
Video Pilihan Belanjawan 2025 Keprihatinan Kerajaan Madani Meliputi Pelbagai Aspek Keselamatan Fasiliti Dan Kebajikan Warga Pasukan
Home / Article / Video Pilihan Belanjawan 2025 Keprihatinan Kerajaan Madani Meliputi Pelbagai Aspek Keselamatan Fasiliti Dan Kebajikan Warga Pasukan
Back to Library
Article

Video Pilihan Belanjawan 2025 Keprihatinan Kerajaan Madani Meliputi Pelbagai Aspek Keselamatan Fasiliti Dan Kebajikan Warga Pasukan

Keprihatinan Kerajaan MADANI bukan sahaja dalam memastikan aspek keselamatan negara dan ketenteraman awam berada pada tahap terbaik, malah fasiliti serta hal e...
Keprihatinan Kerajaan MADANI bukan sahaja dalam memastikan aspek keselamatan negara dan ketenteraman awam berada pada tahap terbaik, malah fasiliti serta hal ehwal kebajikan melibatkan pegawai dan anggota keselamatan turut diberi perhatian sewajarnya. Ia dibuktikan melalui peruntukan yang diumum oleh Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim pada pembentangan Belanjawan 2025 baru-baru ini.

Melalui Kementerian Dalam Negeri, Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama-sama agensi dan jabatan di bawahnya menerima baik penambahan peruntukan sebanyak RM500 juta, berbanding peruntukan pada Belanjawan 2024 (menjadikan ia berjumlah RM19.5 bilion).

Peruntukan tersebut meliputi pembinaan kompleks ibu pejabat polis daerah dan balai polis yang baharu, pembelian aset khusus PDRM, penglibatan anggota PDRM dalam Program Latihan Khidmat Negara 3.0 serta penyelenggaran kuarters penjawat awam termasuk PDRM bagi memperkasa kesejahteraan taraf hidup dan penyampaian perkhidmatan warga Sang Saka Biru.

#26102024

Pautan Video:
Video Pilihan Belanjawan 2025 Keprihatinan Kerajaan Madani Meliputi Pelbagai Aspek Keselamatan Fasiliti Dan Kebajikan Warga Pasukan
https://www.facebook.com/watch/?v=465975786459480
ArticlePublished 26 Oct 2024 6.26 AMUpdated 17 Jul 2026 3.31 AM