
Artikel
Video Pilihan Bapa Amat Rindu Sehari Sebelum Allahyarham Sarjan Mohd Arifah Meninggal Dunia
Perasaan rindu yang terlalu mendalam itu diluahkannya kepada isterinya, Che Ah Md Lani, 76, dengan menyimpan hasrat untuk berkunjung ke rumah Allahyarham di Se...
Melaka, 10 Ogos 2021 - "Sehari sebelum anak saya maut semasa bertugas, saya terlalu merinduinya, namun saya tidak tahu itu antara tanda kami kehilangannya buat selama-lamanya," kata Md Yasin Md Deris, 76, ayah kepada anggota polis, Allahyarham Sarjan Mohd Arifah Md Yasin, 36 yang maut selepas terbabit kemalangan ketika mengejar suspek lumba haram di Lebuhraya Sistem Lingkaran Kajang (SILK), Selangor, Ahad lalu.
Perasaan rindu yang terlalu mendalam itu diluahkannya kepada isterinya, Che Ah Md Lani, 76, dengan menyimpan hasrat untuk berkunjung ke rumah Allahyarham di Sepang, namun Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menyebabkan keinginannya itu terpaksa dilupakan seketika.
Bagaimanapun, sehari selepas itu dia terkejut selepas dimaklumkan anak bongsu daripada lapan adik beradik itu terbabit maut bersama rakan setugasnya Konstabel Mohd Muradzi Mohd Nawi, 26.
Beliau berkata, kali terakhir, dia bertemu Sarjan Mohd Arifah, kira- kira tiga bulan lalu di kediamannya di Kampung Padang di sini, selepas Allahyarham bersama anak-anak yang lain turut menziarahi isterinya yang sakit.
"Tiada apa-apa perubahan semasa pertemuan itu kerana dia seperti biasa sahaja dan sering tersenyum dan mesra berbicara walaupun dia agak pendiam. Walaupun sibuk dengan tugas dia berkesempatan menjengah kami.
"Dalam tempoh selepas itu kami juga sering berhubung menerusi panggilan telefon dan kumpulan WhatsApp keluarga, namun tiada apa-apa perubahan kerana dia macam biasa sahaja. Dia anak yang baik dan manja dengan kami, tambahan dia anak bongsu," katanya sambil mengalirkan air mata.
Takziah buat keluarga Allahyarham Sarjan Mohd Arifah Md. Yasin. Semoga roh Allahyarham ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.
Bacaan lanjut seperti di pautan berikut, https://www.hmetro.com.my/.../bapa-amat-rindu-sehari...