
Article
Video Pilihan Bacaan Yasin Tahlil Bagi Mengenang Jasa Perwira Negara
Mengenang jasa dan pengorbanan perwira negara dalam menentang musuh, Persatuan Bekas Anggota Polis Diraja Malaysia Skuad 1969 telah melakukan bacaan Yasin dan...
Mengenang jasa dan pengorbanan perwira negara dalam menentang musuh, Persatuan Bekas Anggota Polis Diraja Malaysia Skuad 1969 telah melakukan bacaan Yasin dan tahlil ke atas dua pusara bekas Ketua Polis Negara iaitu Allahyarham Tun Mohamed Salleh Ismael dan Allahyarham Tan Sri Abdul Rahman Hashim di Tanah Perkuburan Islam Jalan Ampang Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Pelbagai tragedi dan peristiwa yang dihadapi oleh perwira negara ini dalam menentang penganas komunis untuk memastikan keselamatan dan keamanan negara terjamin. Perjuangan mereka akan terus terpahat dalam lipatan sejarah negara.