Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Video Pilihan Anggota Urb Ipd Semporna Dukung Kanak Kanak Diserang Sawan Dapatkan Rawatan Segera

Diterbitkan: 30 Apr 2025 1.37 PM Dikemas kini: 15 Aug 2026 8.04 PM
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada Koperal Fong Jun Sam dan Konstabel Muhd Iqmal Hafiz Abdullah dari Unit Rondaan Bermotosikal (URB), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Semporna atas tindakan cekap dan penuh tanggungjawab mengiringi sebuah kenderaan serta mendukung seorang kanak-kanak yang diserang sawan untuk mendapatkan rawatan segera di Hospital Semporna, Sabah pada Ahad lalu.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/video-pilihan-anggota-urb-ipd-semporna-dukung-kanak-kanak-diserang-sawan-dapatkan-rawatan-segera
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 12:38 MYT
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada Koperal Fong Jun Sam dan Konstabel Muhd Iqmal Hafiz Abdullah dari Unit Rondaan Bermotosikal (URB), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Semporna atas tindakan cekap dan penuh tanggungjawab mengiringi sebuah kenderaan serta mendukung seorang kanak-kanak yang diserang sawan untuk mendapatkan rawatan segera di Hospital Semporna, Sabah pada Ahad lalu.

Kejadian berlaku ketika kedua-dua anggota sedang menjalankan rondaan sebelum terserempak dengan sebuah kenderaan yang berhenti di tepi jalan.

Pemandu kenderaan tersebut kelihatan cemas dan sedang cuba menyedarkan anaknya yang diserang sawan, lalu memohon bantuan polis untuk mengiring segera ke hospital.

Terima kasih kepada kedua-dua petugas atas keprihatinan dan tindakan pantas mereka. Semoga jasa kalian menjadi inspirasi kepada semua untuk terus menyumbang kebaikan kepada masyarakat.

Sumber: Polis Daerah Semporna-Official

Video Pilihan Anggota Urb Ipd Semporna Dukung Kanak Kanak Diserang Sawan Dapatkan Rawatan Segera
ArtikelDiterbitkan 30 Apr 2025 1.37 PMDikemas kini 15 Aug 2026 8.04 PM