
Artikel
Kpn Hadir Mesyuarat Pasca Kabinet Kdn Bilangan 9 Tahun 2025
Putrajaya, 30 April 2025 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain menghadiri Mesyuarat Pasca Kabinet Kementerian Dalam Negeri (KDN) Bilangan 9 T...
Putrajaya, 30 April 2025 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain menghadiri Mesyuarat Pasca Kabinet Kementerian Dalam Negeri (KDN) Bilangan 9 Tahun 2025 di Bilik Mesyuarat Perkasa, Kompleks Setia Perkasa, KDN, di sini, petang tadi.
Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Menteri Dalam Negeri (MDN), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail itu turut dihadiri Timbalan MDN, Datuk Seri Dr. Dato' Shamsul Anuar Nasarah.
Antara intipati perbincangan mesyuarat tersebut adalah pembentangan daripada wakil-wakil jabatan dan agensi di bawah KDN berkenaan bidang tugas masing-masing, selain isu-isu melibatkan keselamatan dan ketenteraman awam.
Hadir sama, Ketua Setiausaha (KSU) KDN, Datuk Awang Alik Jeman, barisan Timbalan KSU KDN, Komander Eastern Sabah Security Command, DCP Datuk Victor Sanjos dan para pegawai kanan jabatan serta agensi di bawah KDN.
Jurugambar: Lans Koperal Khairunisa Ibrahim dan Konstabel Syed Muhammad Hafiz Syed Alwi.



