Article
Video Pilihan Anggota Unit 6 Psp Bantu Mangsa Kemalangan
Prihatin dan sentiasa bersedia menghulurkan bantuan kepada masyarakat, anggota Unit 6 Pasukan Simpanan Persekutuan (PSP), Wakaf Tapai, Terengganu telah membant...
Prihatin dan sentiasa bersedia menghulurkan bantuan kepada masyarakat, anggota Unit 6 Pasukan Simpanan Persekutuan (PSP), Wakaf Tapai, Terengganu telah membantu mangsa kemalangan jalan raya di susur keluar Lebuhraya LPT 2 Gemuruh, Kuala Terengganu, semalam.
Ketika dalam perjalanan menuju ke Lembah Bidong, Setiu bagi melaksanakan Latihan Ulang Kaji Bom Asap, kesemua anggota berkenaan telah terserempak dengan sebuah kenderaan yang terbabas. Tanpa berlengah, kesemua anggota Unit 6 PSP segera memberikan bantuan serta mengeluarkan mangsa yang terperangkap di dalam kenderaan.
Terima kasih kepada kesemua anggota yang terlibat atas kepantasan dan keprihatinan yang dihulurkan. Semoga mangsa diberikan kesembuhan serta dipermudahkan segala urusan.