Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Polis Jejak Sindiket Dikait Kes Juruterbang Malaysia Airlines

Diterbitkan: 17 Aug 2026 2.08 AM Dikemas kini: 21 Aug 2026 4.56 PM
Kuala Lumpur, 15 Ogos 2026 - Polis masih menjejaki anggota sindiket dadah di Malaysia yang dikaitkan dengan kes penahanan juruterbang Malaysia Airlines bersama lebih 26 kilogram dadah di Jakarta, Indonesia, akhir bulan lalu.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-polis-jejak-sindiket-dikait-kes-juruterbang-malaysia-airlines
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 23:27 MYT
 
Kuala Lumpur, 15 Ogos 2026 - Polis masih menjejaki anggota sindiket dadah di Malaysia yang dikaitkan dengan kes penahanan juruterbang Malaysia Airlines bersama lebih 26 kilogram dadah di Jakarta, Indonesia, akhir bulan lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), CP Dato’ Hussein Omar Khan berkata, tindakan itu susulan maklumat yang diperoleh selepas pasukannya berjumpa dan menyoal juruterbang berkenaan, sejak dua hari lalu.

Beliau berkata, pertemuan sepanjang dua hari itu membolehkan JSJN memperoleh maklumat mengenai sindiket yang dikaitkan dengan kes itu di Malaysia dan luar negara serta pembabitan penama dalam rangkaian berkenaan.

Bagaimanapun, beliau berkata, butiran lanjut mengenai hasil dapatan itu belum boleh didedahkan kepada umum.

“Pasukan JSJN mendapat kerjasama sangat baik daripada Polis Republik Indonesia (POLRI) sepanjang pertemuan berkenaan.

“Jadual asal pertemuan adalah pada 12 dan 13 Ogos, namun POLRI memberi ruang untuk dilanjutkan sehari sehingga 14 Ogos (semalam).

“Juruterbang berkenaan turut memberikan kerjasama yang baik," katanya ketika dihubungi Berita Harian semalam.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti di lampiran.

May be an image of text
ArtikelDiterbitkan 17 Aug 2026 2.08 AMDikemas kini 21 Aug 2026 4.56 PM