Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Video Pilihan Anggota Unit 6 Psp Bantu Mangsa Kemalangan

Diterbitkan: 17 Aug 2026 2.02 AM Dikemas kini: 19 Sep 2026 5.49 PM
Prihatin dan sentiasa bersedia menghulurkan bantuan kepada masyarakat, anggota Unit 6 Pasukan Simpanan Persekutuan (PSP), Wakaf Tapai, Terengganu telah membantu mangsa kemalangan jalan raya di susur keluar Lebuhraya LPT 2 Gemuruh, Kuala Terengganu, semalam.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/video-pilihan-anggota-unit-6-psp-bantu-mangsa-kemalangan
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 04:17 MYT
 
Prihatin dan sentiasa bersedia menghulurkan bantuan kepada masyarakat, anggota Unit 6 Pasukan Simpanan Persekutuan (PSP), Wakaf Tapai, Terengganu telah membantu mangsa kemalangan jalan raya di susur keluar Lebuhraya LPT 2 Gemuruh, Kuala Terengganu, semalam.

Ketika dalam perjalanan menuju ke Lembah Bidong, Setiu bagi melaksanakan Latihan Ulang Kaji Bom Asap, kesemua anggota berkenaan telah terserempak dengan sebuah kenderaan yang terbabas. Tanpa berlengah, kesemua anggota Unit 6 PSP segera memberikan bantuan serta mengeluarkan mangsa yang terperangkap di dalam kenderaan.
Terima kasih kepada kesemua anggota yang terlibat atas kepantasan dan keprihatinan yang dihulurkan. Semoga mangsa diberikan kesembuhan serta dipermudahkan segala urusan.

ArtikelDiterbitkan 17 Aug 2026 2.02 AMDikemas kini 19 Sep 2026 5.49 PM