Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Video Pilihan Anggota Trafik Ipd Subang Jaya Bantu Tolak Kenderaan Rosak

Published: 23 Feb 2025 8.14 AM Updated: 17 Jul 2026 3.31 AM
Terima kasih kepada Koperal Saiful Bajri dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya atas bantuan kepada sepasang suami isteri yang mengalami kerosakan pada kereta mereka berhampiran lampu isyarat persimpangan Persiaran Kewajipan/Persiaran Tujuan, Subang Jaya, Selangor, semalam.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/video-pilihan-anggota-trafik-ipd-subang-jaya-bantu-tolak-kenderaan-rosak
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 11:26 MYT
 
Terima kasih kepada Koperal Saiful Bajri dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya atas bantuan kepada sepasang suami isteri yang mengalami kerosakan pada kereta mereka berhampiran lampu isyarat persimpangan Persiaran Kewajipan/Persiaran Tujuan, Subang Jaya, Selangor, semalam.

Beliau bersama Sarjan Amran Ismail baru selesai penugasan kawal lalu lintas bagi program merentas desa dan sedang dalam perjalanan pulang ke IPD sebelum terserempak dengan pasangan terbabit.

Atas faktor keselamatan dan kelancaran trafik, Koperal Saiful bersama pemilik kenderaan segera menolaknya ke lokasi lebih sesuai untuk mendapatkan bantuan.

Sesungguhnya perbuatan itu merupakan cerminan sifat murni dan harus dijadikan tauladan buat warga Sang Saka Biru dalam membantu sesiapa sahaja semasa menjalankan tugas.


Video Pilihan Anggota Trafik Ipd Subang Jaya Bantu Tolak Kenderaan Rosak
ArticlePublished 23 Feb 2025 8.14 AMUpdated 17 Jul 2026 3.31 AM